Innalillahi wainna ilaihi raji'un.. Pukul 6.15 pagi tadi, ummi kejut aku untuk Solat Subuh. Then, ummi beritahu yang Andak Ani (Mahani) dah tak ada. I am like, 'Ya Allah, betul ke apa yang aku dengar ni?'. Tahu tentang pemergian allahyarhamah pon bila walid buka whatsapp family pagi tu. Malam tadi ummi memang ada beritahu yang allahyarhamah dah tenat. But I didn't expect that it is going to be like this. Oh ya, Andak Ani merupakan kakak walid aku. Allahyarhamah juga mempunyai seorang adik kembar, Andak Anom (Mahanom).
Andak Ani (Kiri) & Andak Anom (Kanan)
Adik-beradik walid bersama orang yang banyak berjasa dalam membesarkan mereka setelah arwah atuk & nenek pergi menghadap Ilahi.
Berdiri dari kiri : Andak Anom (Mahanom), Cik Bob (Ahmad Mazlan), Walid (Ahmad Izhar), Uda (Ridzuan), Pak Ngah (Ahmad Fauzan), Anjang (Ahmad Fawzal), Pak Teh (Ahmad Saffian), Andak Ani (Mahani).
Duduk dari kiri : Mak Long (Fuziah), Busu Klang & Nek Piah (Dua orang yang banyak berjasa kepada adik-beradik walid), Mak Lang (Faizah).
Adik-beradik walid mengikut turutan, dari kiri. p/s: Mak Lang tak masuk dalam gambar.
Semasa Hari Keluarga Mohd Noor & Hajah Zakiah kali ke-3 pada Cuti Tahun Baru Cina yang lalu.
Andak Ani bersama suami, anak-anak, menantu dan cucu.
Persembahan semasa malam persembahan sempena Hari Keluarga Mohd Noor & Hajah
Zakiah kali ke-3 (Andak Ani bertudung ungu, dua dari kiri)
Bergambar kenangan bersama ipar duai.
Dari kiri : Andak Ani, Makde (Rusidah), Mak Teh (Najihah), Mak Lang, Mak Long, Ummi (Azizah), Andak Anom, Mak Cik (Zahrah), Mak Anjang (Siti Sarah).
Lepas tu, kami bersiap2 untuk ke Seremban. Kami bertolak pukul 8 pagi, sampai dalam pukul 10.30 pagi. Mula2 pergi Hospital Tunku Jaafar Seremban sebab jenazah ada di bilik mayat. Setelah pusing 2 kali untuk mencari bilik mayat, kami diberitahu yang jenazah sudah ada di Masjid At-Taqwa. Then, sampai la kami di Masjid Taqwa. Lepas dah siap ambil wuduk semua tu, rupa2nya kami tersalah masjid. Alhamdulillah, tak lama lepas tu jumpa juga Masjid At-Taqwa sebab tak jauh pon dengan masjid yang mula2 kami pergi tu.
Masa sampai di masjid tu, jenazah ditutup dengan kain batik dan sudah siap dimandikan dan dikafankan di HTJS. Kemudian, kami bersalaman dengan kak dah (Sayidah Nafisah) anak allahyarhamah yang ke-4. Tenang je muka dia, mungkin dah penat menangis sbb sebelum meninggal allahyarhamah Andak Ani dimasukkan ke ICU di HTJS selama 10 hari akibat menghidap penyakit TB sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 4 pagi, 15 Mei 2014 bersamaan 15 Rejab 1435 Hijrah.
Solat jenazah pula dibuat selepas Solat Zohor. Kemudian, jenazah ditutup dengan keranda untuk dibawa ke tanah perkuburan. Sebelum jenazah diangkat, Pak Andak Ruslan (suami Andak Ani) meminta kami semua agar memaafkan segala salah dan silap allahyarhamah. Yang membuatkan kami bertambah sedih adalah kerana kami tidak dapat melihat wajah allahyarhamah buat kali terakhir atas sebab2 tertentu.
Pada mulanya, Andak Anom meminta agar menunggu beliau sekeluarga sampai sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Andak Anom lambat sampai kerana dia tinggal di Kota Kinabalu, Sabah. Flight Andak Anom pula berlepas pada pukul 10 pagi. Kemudian, kami menerima panggilan daripada Andak Anom, beliau memberitahu agar upacara pengebumian diteruskan kerana beliau mungkin terlambat sampai.
Jenazah Andak Ani dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Paroi Jaya. Upacara pengebumian selesai sekitar jam 3 petang. Pada waktu itu Andak Anom sekeluarga baru melepasi tol Seremban, dari KLIA.
Kali terakhir aku berjumpa dengan Allahyarhamah Andak Ani adalah semasa Hari Keluarga pada 31 Januari ~ 2 Februari yang lalu. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.
"Ya Allah, tempatkanlah Andak Ani dalam kalangan hamba2-Mu yang beriman dan soleh. Ampunkan dosa2 nya, masukkan dia ke dalam Syurga Firdaus-Mu tanpa dihisab. Tabahkan hati2 ahli keluarganya. Aamiin ya rabbal 'alamiin" :'(