Ahlan Wa Sahlan ila muniizzah.blogspot.com :)

Friday, August 19, 2011

Sahaja Aku Mencintai-Mu | DU'A feat USTAZ AMAL | full version


tajuk entry kali nie agak special kott.. aku nak habaq kat hangpa semua psl kumpulan nasyid baru, DU'A.. depa berdua nie cousin ak.. ngee ~ :p so, enjoy lagu dyeorg :
Sahaja Aku Mencintai-Mu.. =)

DU'A~ Dianggotai sepasang adik beradik yang merupakan putera kepada penasyid dan pendakwah, Ustaz Amal. Pernah menganggotai kumpulan nasyid kanak-kanak TILMIZ sekitar tahun 2000. Muhammad Asadullah masih menuntut di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, PJ manakala Muhammad Ajwad, 17 masih menuntut di SMK Saujana Utama, Sg Buloh.

"Sahaja Aku Mencintai-Mu" adalah single pertama kumpulan nasyid baharu yang di beri nama DU'A. Lagu ini adalah hasil ciptaan penuh salah seorang anggotanya, Ajwad (DU'A). Sebar kepada rakan-rakan! Semoga anda terhibur! :)


Saturday, July 23, 2011

Pemergianmu.. T_T


Tiba-tiba pulak jari jemari ak menari dgn lincah di atas papan kekunci lappy.. post kali nie ak nk ckp psl seseorang yg byk memberi dakwah kpd umat Islam melalui nasyid2 yg disampaikan.. beliau juga dijadikan contoh dan teladan oleh para remaja termasuk ak..

Beliau ialah vokalis kpd kumpulan nasyid terkenal, Rabbani iaitu Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim.. bg ak, beliau merupakan anugerah drpd Allah s.w.t. kpd umat manusia walaupun hanya sebentar cuma dan tiada gantinya..

Beliau dilahirkan pd 3 Ogos 1969 dan meninggalkan kita semua pd tanggal 13 Ogos 2009.. walaupun beliau telah pergi menghadap Ilahi pd 2 thn yg lalu, tp masih terngiang-ngiang alunan nasyid yg disampaikan.. seperti baru semalam Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim pergi meninggalkan kita.. tetapi, Allah s.w.t. lebih menyayanginya.. kita yg masih hidup, harus meneruskan kehidupan.. semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org2 Islam yg beriman.. hanya itu yg mampu dilakukan oleh kita semua..




Thursday, July 21, 2011

Happy Birthday, cousin @ adik-beradik susuan ! :D

Post kali nie, ak nk share besday cousin ak @ adik-beradik susuan ak.. hehe.. date birth dyeorg nie sama, 14 Julai 1992 & 14 Julai 1994.. nama cousin ak yg perempuan tu Siti Khadijah (ank Mak Lang), 19 n yg lelaki, Muhammad Ajwad (ank Mak Teh), 17..

Hari Sabtu lps, 16 Julai.. besday dyeorg disambut b'tempat di rumah Mak Teh n Pak Teh ak (ummi n abah kpd Ajwad).. haha.. HAPPENING giler bak trademark
"bang bang boom" !! Paling best time kteorg, anak n cucu kpd Haji Mohamad Hamim & Hajah Mukminah nyanyi lagu "barakallah @ semoga Allah berkati" .. hehe.. :p

Okay lah ! hope korg enjoy tgk video nie.. HARMONY n MERDU je suara kami.. hehe.. *masuk bakul angkat sendiri plak ak nie.. haha :D


video

p/s: tp yg paling kelakar, lps je kteorg habis nyanyi.. ank Pak Su ak, Hadif Danish menangis sbb da tak dengar suara kami yg MERDU nie.. hehe =)

Monday, June 13, 2011

- Stanza Cinta -


Mulakan hari anda dgn senyuman kerana senyuman itu satu sedekah.. hehe =)

entry kali nie ak nk cerita psl Drama Stanza Cinta yg bakal ditayangkan kat tv3.. actually drama nie diadaptasi drpd Novel Stanza Cinta karya Nuru
ll Halawati.. ak baca novel nie last year sbb novel nie pon keluar last year gak.. ngeh3 :p



"Kebaikan itu dibungkus oleh hal-hal yang tidak disukai..."


Amni Sorfina memerlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dia mengorbankan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah?

Berhadapan dengan saat paling sukar dalam hidupnya, Amni harus belajar tersenyum dalam derita dan bersangka baik dengan segala takdir Allah buatnya. Apakah ini bermakna dia harus melepaskan pergi sesuatu yang paling diinginkan, yang sejak sekian lama baru ditemui??



Aaron Aziz sebagai Irfan Ikmal
Nur Fathia sebagai Amni Sorfina
Fizz Fairuz sebagai Taufiq Imran

Jom kita layan sinopsis Drama Stanza Cinta.. :D

Amni Sorfina(Ketenangan yang suci) seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia. tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”

Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”

Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku…dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina


p/s: siapakah yang akan menjadi pemilik tulang rusuk kepada Amni Sorfina??

Wednesday, May 25, 2011

Happy FaMiLy in the WorLd ! :D

Assalamualaikum..

entry kali nie aye nk habaq psl family @ keluarga aye. ok lah, family aye nie agak unik ye.. hmm, mmg unik la.. haha.. nama walid aku (jap eh, tuka gelaran jap.. haha) , Ahmad Izhar Bin Mohamed Noor @ Al.. nama ummi, Azizah Bin Mohammad Hamin.. beza umur dyeorg juz three years only..
so, dyeorg kahwin klau x silap time tu umur ummi 20 thn n walid 23 thn.. setahun lps tu, kakak ak yang sulung lahir.. okay, cuba korg teka adik-beradik ak ade berapa org?? haha.. 4?? 5?? 8?? sory coz semua salah sama sekali ! walid n ummi ak dianugerahkan oleh Allah s.w.t. seramai 12 org anak iaitu 6 lelaki n 6 perempuan.. means, balanced la.. =)

LiSt SibLinGs aku :

(1) My eldest sis bernama Siti Asma' n berumur 27 thn.. n sudah b'kahwin dgn pilihan hatinya,
Khairul Ameer Anor n dikurniakan seorg cahaya mata lelaki, Aidid Uzair Anor..

(2) Abg ak yg first bernama Ahmad A-idz n berumur 26 thn..

(3) Kakak ak yg ke-2 bernama Siti Afirah n berumur 25 thn..

(4) Abg ak yg ke-2 bernama Ahmad Amru Al-Ash n berumur 24 thn..

(5) Kakak ak yg ke-3 bernama Nurul Afifah n berumur 23 thn..

(6) Abg ak yg ke-3 bernama Ahmad Adib n berumur 21 thn..

(7) Abg ak yg ke-4 bernama Muhammad Awwab n berumur 20 thn..

(8) Kakak ak yg ke-4 bernama Khairunnisa' n berumur 18 thn..

(9) Aku pulak kakak yg ke-5 bernama Munibah n berumur 17 thn..

(10) Adik lelaki ak yg ke-5 bernama Ahmad Asim n berumur 15 thn..

(11) Adik perempuan ak yg ke-6 bernama Nurul Aqilah n berumur 13 thn..

(12) Lastly, adik lelaki ak yg bongsu bernama Ahmad Iqbal n berumur 11 thn..

p/s: sorry.. klau korg confused, bleh tgk no. 1 ~ 12 yg kat tepi tu.. ngee ~ :p

Utk pengetahuan korg gak, beza umur adib-beradik aye (tuka panggilan kpd yg asal balik)
juz 1 ~ 2 thn je.. x lebih n x kurang.. haha.. ok la.. korg boleh mengenali siblings aye dgn tgk video kat bwh nie ye.. hehe :D thanks a lot coz sudi singgah blog aye..
p/s: but Aidid Uzair xde coz time nie dia x lahir kat dunia lg n umur dia sekarang nie baru 40 hari plus2.. haha..


hope korg enjoy tgk video nie ~ ^_^

video

Wednesday, April 27, 2011

CST PRODUCTION- Majlis Pertunangan Ashraf Muslim & Dayana [HD].mp4



Harap hubungan Ashraf Muslim n Dayana selamat hingga ke jinjang pelamin n sampai ke akhir hayat mereka.. amin. :D

Saturday, March 26, 2011

Macam mne nie?? pandai nye dia..

Kali nie nak cerita about my sista, Nisa'. Baru2 nie telah diumumkan keputusan SPM. And tanpa disangka-sangka, kakak aku dapat 7A (3A+ 1A n 3A-). So proud of her ! :D
This year, turn aku pulak utk SPM. ak kene lebih struggle thn nie. Abang aku, Awwab challenge kakak aku supaya dpt result yg lebih Gempakk drpd dia. So, kakak aku pon da buktikan yg dia pon boleh dpt result yg lebih Gempakk. Abang aku amik aliran Sains n kakak aku plak amik aliran Sastera (Akaun) sama ngan aku. So, Aku perlu dptkan 8A for this year !

okay, sekian sampai sini je entry utk kali nie.
p/s: hope korg enjoy with this entry ! :p