Ahlan Wa Sahlan ila muniizzah.blogspot.com :)

Monday, December 31, 2012

Tetiba rase macam ade mood untuk menulis.. cehh.. Okay la entry yang dulu aku dah perkenalkan adik-beradik aku (tapi tak sure korang boleh baca ke tak entry aku yang dulu tu, sebab hari tu tangan aku nie gatal gi tukar url blog.. haish) :( So, sekarang aku nak cerita tentang perwatakan dyeorang pulak.. Dah macam Komsas Bahasa Melayu pulak, siap ade watak & perwatakan bagai.. ngeh3 :p Dan dan, aku nak cerita berita terbaru pasal dyeorang 12 orang nie (termasuk aku la) :)

(1) Kakak aku yang paling tua (tua lah sangat kan.. muahaha) Siti Asma' ----> Dia nie seorang kakak yg penyayang (ayat nak bodek ke hape), tapi tapi dia suka membebel jugak la.. sampaikan, anak buah aku Aidid Uzair Anor dah terikut2 perangai mulut becok mama dia nie.. but it's sweet bila budak kecik yang baru berusia 1 tahun + 4 bulan + 27 hari macam Ujai nie banyak cakap, kan ?

(2) Abang aku yang kurang tua dari kakak aku (muda setahun je) Ahmad A-idz ----> Dia nie adakalanya baik n vice versa.. hehe.. cop2, maksud tak baik di sini ialah bilamana abang aku nie suka mem'buli' kiteorang.. :(
p/s: betol ke anak kedua memang suka 'berperangai' macam nie ? cer kongsi sikit..
Kat sini aku nak kongsi berita gembira.. bahawasanya, abang aku nie telah selamat di ijab kabulkan bersama pilihan hatinya B.B. Atika Binti Yusof pada minggu lepas.. yeah ! hooray ! first time dpt kakak ipar.. hehe.. Semoga hubungan kalian berkekalan hingga Syurga-Nya.. In Shaa Allah.. kakak ipar I tu orang Tawau, Sabah uolls.. hehe ;) nak tambah sikit, Ujai taknak panggil kakak ipar aku nie "mak ngah".. tapi dia nak panggil "ka (Atikah)".. ngeeheee ~

(3) Kakak aku yang the 3rd one, Siti 'Afirah ----> Ape eh nak citer pasal dia ? Hmm.. (berfikir) Oh ya ! Dia pandai menjahit + pandai buat cekodok.. yah, i hope that you will found your "soulmate" one day..  cewahh ! nak jugak guna perkataan 'soulmate' bagai.. hehe.. Aamiin..

(4) Abang aku yang anak ke-4, Ahmad Amru Al-Ash (nama dia paling panjang kott) ----> Dia nie seorang abang yang prihatin.. cehh.. and bak kata maksu aku, bertuah siapa dapat abang aku (means his future wife) sebab dia romantik.. kiranya dia nie agak lemah lembut dari abang2 aku yang lain la.. (korang jangan salah faham pulak dengan perkataan lemah lembut tu ye).. Means, macam dia nak suruh adik dia solat ke, dia akan cakap dengan cara yang berhemah "Adik, dah solat belum? Kalau belum, gi solat sekarang".. kalau abang2 aku yang lain selalu cakap macam nie "Oi adik, ko dah solat belum ? Gi solat sekarang !!".. see ?? hehe.. faham ?? kalau tak faham pon, buat2 faham jela.. :p

(5) Kakak aku yang anak ke-5, Nurul Afifah ----> Dia dah graduate dari UiTM Shah Alam peringkat Ijazah  and dah kerja pon.. pah, i hope yang kalian berdua akan berbahagia hingga ke jinjang pelamin.. nah pantun untuk ko, Alang alang menyeluk pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan, Alang alang berkasih sayang, Biar sampai ke jinjang pelamin.. Aamiin.. (ayat novel je tu.. ngee ~ :p)

(6) Abang aku yang anak ke-6, Ahmad Adib ----> Dia still menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak and kalau tak silap aku, next year dia dah tahun akhir kott..

(7) Abang aku yang anak ke-7, Muhammad Awwab ----> Dia nie pon still menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dalam bidang Oleokimia.. and kalau tak silap, next year pon dia tahun akhir.. same goes with abang aku yang atas dia nie..
p/s : sebab, Adib sebelum nie dia ambik Asasi and Awwab ambik Matrikulasi.. tu yang lebih kurang je nak habis belajar peringkat Ijazah.. Alhamdulillah..

(8) Kakak aku yang anak ke-8, Khairunnisa' (atas aku) ----> Dia dah habis belajar di Pusat Asasi UIA, PJ and bakal menyambung pelajaran di peringkat Ijazah di UIA, Gombak dalam bidang Political Science uolls.. wah ! cepatnya masa berlalu.. :')

(9) Cer teka siapa anak yang ke-9 ? (kalau dapat jawab, aku bagi gula2 dua biji.. hehe.. mesti korang macam, apa class bagi gula2 dua biji, kan?) Cehh.. Okay la.. Anak yang ke-9, aku sendiri, Munibah (okay fine.. nama aku and akak aku yang atas aku memang pendek pon) ----> Aku sedang menuntut di Kolej Poly-tech Mara (KPTM), Bangi.. ambik course Diploma in Business Studies collaboration with UiTM.. and sekarang dah masuk Semester 2.. Alhamdulillah.. Still ade 4 Semester untuk ditempuh.. May Allah ease our journey.. In Shaa Allah :) Izinkan aku berterus terang di sini, bahawasanya aku nie agak sensitif orangnya (orang Jawa cakap "cengeng".. ngehee~)

(10) Adik aku yang anak ke-10, Ahmad 'Asim ----> Dia masih belajar di SMK Seri Kundang.. kelas Sains.. Next year, dia bakal menduduki peperiksaan SPM.. aja2 fighting my little bro ! ;)

(11) Adik aku yang anak ke-11, Nurul Aqilah ----> Dia juga masih belajar di SMK Seri Kundang.. kelas Wardah (sebab ambik Bahasa Arab).. Next year, dia pula bakal menduduki peperiksaan PMR.. please do your best, okay ! :)

(12) Adik yang paling bongsu (anak yang ke-12), Ahmad Iqbal ----> Dia baru sahaja menduduki peperiksaan UPSR and bakal melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Satu di SMK Seri Kundang jugak..

p/s: Lupa nak habaq.. SMK Seri Kundang juga digelar SKUSES (Seri Kundang Secondary School) wow ! apesal "class" sangat nie ?! :D

Nah ! gambar adik-beradik aku..

Sila tengok dari kiri kanan, kiri kanan, kiri kanan :)

Hari Raya Aidilfitri '11



Hari Raya Aidilfitri '12 ^_^
p/s: IzZah stands for Izhar + Azizah <3

Bersalam & Saling memaafkan..
p/s : Abaikan lelaki kat bawah tu.. hehe

Bersama sebahagian daripada saudara mara di Kg Sementa, Klang :D



Nie anak buah aku, Aidid Uzair Anor (Ujai) <3

Gambar Perkahwinan Ahmad A-idz Bin Ahmad Izhar <3 B.B Atika Binti Yusof

Bertunang

Alhamdulillah.. Selamat di ijab kabulkan :)

Majlis Resepsi

With Walid <3 Ummi


Sebelum berpisah (cehh.. macam nak gi mana je), aku nak ucapkan Selamat Melangkah ke Tahun 2013 ! Moga tahun ini lebih baik daripada tahun2 sebelumnya.. Dan semoga azam kalian semua tercapai.. Cer kongsi azam tahun baru korang apa? :) Assalamualaikum.. 













2 comments:

  1. Lovely big family! Nama kakak awak sama dgn nama saya :)

    ReplyDelete