Ahlan Wa Sahlan ila muniizzah.blogspot.com :)

Friday, January 17, 2014

The Most Awesome Cheese Cake ! :)

Assalamualaikum to all readers, today I would like to share about the most awesome cheese cake !! Beli sekali, pasti nak lagi ! Here we go ~




Mixfruit (RM10)


Chocolate Indulgence (RM10)


Mix Chocolate (RM10)


Cheddar Cheese (RM8)

Terliur tak? Sekarang dah ade dijual dalam bekas besar.. Memang mantap & terbaik ! ;) Actually aku tahu pasal cheese cake ni pon bila aku ternampak kak Ana (owner of the cheese cake) post kat wall fb kwn aku. Mula2 beli ingat just nak rase je.. Sekali adik-beradik aku semua dah jadi pelanggan tetap cheese cake kak Ana ni. Seminggu tak sah kalau tak beli. hehe


Cheddar Cheese 
(RM16)

Mixfruit
Mix Chocolate
Chocolate Indulgence
(RM18)

You also can make an order for any event such as birthday party, anniversary & etc.




The price list :

Cheddar Cheese
1/2 kg = RM30
1.2 kg = RM55

Mixfruit, Mix Chocolate & Chocolate Indulgence
1/2 kg = RM30
1.2 kg = RM60

Any enquiries, please whatsapp/pm Ana : 0173155781. The delivery service is available around Selangor only ! Thank you :)


Wednesday, October 16, 2013

Du'a - Tiada Selain Dia (Official Music Video)


Assalamualaikum korang, last year aku ada post tentang kumpulan nasyid baru, Du'a kan? Hari tu aku dah buat entry untuk lagu diaorang, Sahaja Aku Mencintai-Mu.. so kali nie aku nak buat entry untuk lagu, Tiada Selain Dia..

Untuk pengetahuan korg, sekarang kumpulan Du'a dianggotai oleh 4 orang ahli iaitu Muhammad Asadullah Bin Amaluddin, Muhammad Ajwad Bin Amaluddin, Ahmad Nursilahuddin Bin Hishamuddin & Ahmad Danial Bin Azizi.. Okay la, kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, korang boleh klik sini Du'a.

Lagu Jatuh, merupakan lagu terbaru daripada kumpulan Du'a.. Lirik dan melodi untuk lagu nie dicipta sendiri oleh Ahmad Ajwad Bin Amaluddin yang merupakan salah seorang daripada kumpulan nie.. Seriously best ! Sila dengar & hayati lagu nie.. ^_^


JATUH
Tergamak kamu membunuh semua
Puaskah kamu menghancur bahagia
Anak-anak kecil tidak lagi bernyawa
Angkara tangan durjana
Rakus gila kuasa

Kekejaman pasti akan jatuh

Kerna Allah itu sandaran teguh
Ayuh kaum percaya teguhkan iman
Di bawah panji perjuangan

Jangan biarkan diri terkunci

Di bawah sang zalimi
Ayuh bersatu bebaskan diri
Bina wilayah impi

Biarkan suara berterbangan

Di awan milik Tuhan
Gabungkan niatmu yang satu
Dunia ini milik Tuhanku

Semester Break !! :D

Assalamualaikum guys, sorry sgt dah lama gila xupdate blog.. Nak ckp xde mase, mcm nampak beno nipu nye pulak.. hehe.. tetiba terasa kesian kat korg n diri ak sendiri.. yelakorg dah penat2 follow blog ak, ak tak update entry baru plak.. cehh.. acah2 mcm korg t'tunggu entry baru dari aku je kan.. haha.. so, here we go.. 




Sekarang aku tgh cuti sem.. Alhamdulillah lepas dah 3 semester.. 3 more semesters to go ! but seriously aku risau dgn last paper, statistics.. aku rase aku boleh buat, tp masalahnya aku tak sempat jwb semua soalan.. huhu :'( aku tak tau ape masalahnya, pdhal time jwb paper tula satu2 nye paper yg ak xrase mengantuk langsung.. maybe sbb aku tulis lmbt kott.. yeke?? tak tau la.. skrg nie hanya mampu berdoa je supaya aku lulus semua subjek dgn cemerlang.. Aamiin.. :)

Oh ya, aku belum buat entry psl tmpt aku belajar, KPTM Bangi lagi kan? In sha Allah nanti klau ade mase lagi, ak buat entry psl tu pulak..

Lagi satu, aku mmg 'bercita2' nak kerja cuti sem kali nie.. n Alhamdulillah dpt jugak.. esok start.. kerja kat bengkel pakcik aku kat Sungai Besi.. Korg tolong doakan aku ya.. thanks ! Adios ~ Assalamualaikum :D

Monday, December 31, 2012

Tetiba rase macam ade mood untuk menulis.. cehh.. Okay la entry yang dulu aku dah perkenalkan adik-beradik aku (tapi tak sure korang boleh baca ke tak entry aku yang dulu tu, sebab hari tu tangan aku nie gatal gi tukar url blog.. haish) :( So, sekarang aku nak cerita tentang perwatakan dyeorang pulak.. Dah macam Komsas Bahasa Melayu pulak, siap ade watak & perwatakan bagai.. ngeh3 :p Dan dan, aku nak cerita berita terbaru pasal dyeorang 12 orang nie (termasuk aku la) :)

(1) Kakak aku yang paling tua (tua lah sangat kan.. muahaha) Siti Asma' ----> Dia nie seorang kakak yg penyayang (ayat nak bodek ke hape), tapi tapi dia suka membebel jugak la.. sampaikan, anak buah aku Aidid Uzair Anor dah terikut2 perangai mulut becok mama dia nie.. but it's sweet bila budak kecik yang baru berusia 1 tahun + 4 bulan + 27 hari macam Ujai nie banyak cakap, kan ?

(2) Abang aku yang kurang tua dari kakak aku (muda setahun je) Ahmad A-idz ----> Dia nie adakalanya baik n vice versa.. hehe.. cop2, maksud tak baik di sini ialah bilamana abang aku nie suka mem'buli' kiteorang.. :(
p/s: betol ke anak kedua memang suka 'berperangai' macam nie ? cer kongsi sikit..
Kat sini aku nak kongsi berita gembira.. bahawasanya, abang aku nie telah selamat di ijab kabulkan bersama pilihan hatinya B.B. Atika Binti Yusof pada minggu lepas.. yeah ! hooray ! first time dpt kakak ipar.. hehe.. Semoga hubungan kalian berkekalan hingga Syurga-Nya.. In Shaa Allah.. kakak ipar I tu orang Tawau, Sabah uolls.. hehe ;) nak tambah sikit, Ujai taknak panggil kakak ipar aku nie "mak ngah".. tapi dia nak panggil "ka (Atikah)".. ngeeheee ~

(3) Kakak aku yang the 3rd one, Siti 'Afirah ----> Ape eh nak citer pasal dia ? Hmm.. (berfikir) Oh ya ! Dia pandai menjahit + pandai buat cekodok.. yah, i hope that you will found your "soulmate" one day..  cewahh ! nak jugak guna perkataan 'soulmate' bagai.. hehe.. Aamiin..

(4) Abang aku yang anak ke-4, Ahmad Amru Al-Ash (nama dia paling panjang kott) ----> Dia nie seorang abang yang prihatin.. cehh.. and bak kata maksu aku, bertuah siapa dapat abang aku (means his future wife) sebab dia romantik.. kiranya dia nie agak lemah lembut dari abang2 aku yang lain la.. (korang jangan salah faham pulak dengan perkataan lemah lembut tu ye).. Means, macam dia nak suruh adik dia solat ke, dia akan cakap dengan cara yang berhemah "Adik, dah solat belum? Kalau belum, gi solat sekarang".. kalau abang2 aku yang lain selalu cakap macam nie "Oi adik, ko dah solat belum ? Gi solat sekarang !!".. see ?? hehe.. faham ?? kalau tak faham pon, buat2 faham jela.. :p

(5) Kakak aku yang anak ke-5, Nurul Afifah ----> Dia dah graduate dari UiTM Shah Alam peringkat Ijazah  and dah kerja pon.. pah, i hope yang kalian berdua akan berbahagia hingga ke jinjang pelamin.. nah pantun untuk ko, Alang alang menyeluk pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan, Alang alang berkasih sayang, Biar sampai ke jinjang pelamin.. Aamiin.. (ayat novel je tu.. ngee ~ :p)

(6) Abang aku yang anak ke-6, Ahmad Adib ----> Dia still menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak and kalau tak silap aku, next year dia dah tahun akhir kott..

(7) Abang aku yang anak ke-7, Muhammad Awwab ----> Dia nie pon still menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dalam bidang Oleokimia.. and kalau tak silap, next year pon dia tahun akhir.. same goes with abang aku yang atas dia nie..
p/s : sebab, Adib sebelum nie dia ambik Asasi and Awwab ambik Matrikulasi.. tu yang lebih kurang je nak habis belajar peringkat Ijazah.. Alhamdulillah..

(8) Kakak aku yang anak ke-8, Khairunnisa' (atas aku) ----> Dia dah habis belajar di Pusat Asasi UIA, PJ and bakal menyambung pelajaran di peringkat Ijazah di UIA, Gombak dalam bidang Political Science uolls.. wah ! cepatnya masa berlalu.. :')

(9) Cer teka siapa anak yang ke-9 ? (kalau dapat jawab, aku bagi gula2 dua biji.. hehe.. mesti korang macam, apa class bagi gula2 dua biji, kan?) Cehh.. Okay la.. Anak yang ke-9, aku sendiri, Munibah (okay fine.. nama aku and akak aku yang atas aku memang pendek pon) ----> Aku sedang menuntut di Kolej Poly-tech Mara (KPTM), Bangi.. ambik course Diploma in Business Studies collaboration with UiTM.. and sekarang dah masuk Semester 2.. Alhamdulillah.. Still ade 4 Semester untuk ditempuh.. May Allah ease our journey.. In Shaa Allah :) Izinkan aku berterus terang di sini, bahawasanya aku nie agak sensitif orangnya (orang Jawa cakap "cengeng".. ngehee~)

(10) Adik aku yang anak ke-10, Ahmad 'Asim ----> Dia masih belajar di SMK Seri Kundang.. kelas Sains.. Next year, dia bakal menduduki peperiksaan SPM.. aja2 fighting my little bro ! ;)

(11) Adik aku yang anak ke-11, Nurul Aqilah ----> Dia juga masih belajar di SMK Seri Kundang.. kelas Wardah (sebab ambik Bahasa Arab).. Next year, dia pula bakal menduduki peperiksaan PMR.. please do your best, okay ! :)

(12) Adik yang paling bongsu (anak yang ke-12), Ahmad Iqbal ----> Dia baru sahaja menduduki peperiksaan UPSR and bakal melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Satu di SMK Seri Kundang jugak..

p/s: Lupa nak habaq.. SMK Seri Kundang juga digelar SKUSES (Seri Kundang Secondary School) wow ! apesal "class" sangat nie ?! :D

Nah ! gambar adik-beradik aku..

Sila tengok dari kiri kanan, kiri kanan, kiri kanan :)

Hari Raya Aidilfitri '11



Hari Raya Aidilfitri '12 ^_^
p/s: IzZah stands for Izhar + Azizah <3

Bersalam & Saling memaafkan..
p/s : Abaikan lelaki kat bawah tu.. hehe

Bersama sebahagian daripada saudara mara di Kg Sementa, Klang :D



Nie anak buah aku, Aidid Uzair Anor (Ujai) <3

Gambar Perkahwinan Ahmad A-idz Bin Ahmad Izhar <3 B.B Atika Binti Yusof

Bertunang

Alhamdulillah.. Selamat di ijab kabulkan :)

Majlis Resepsi

With Walid <3 Ummi


Sebelum berpisah (cehh.. macam nak gi mana je), aku nak ucapkan Selamat Melangkah ke Tahun 2013 ! Moga tahun ini lebih baik daripada tahun2 sebelumnya.. Dan semoga azam kalian semua tercapai.. Cer kongsi azam tahun baru korang apa? :) Assalamualaikum.. 













Friday, August 19, 2011

Sahaja Aku Mencintai-Mu | DU'A feat USTAZ AMAL | full version


tajuk entry kali nie agak special kott.. aku nak habaq kat hangpa semua psl kumpulan nasyid baru, DU'A.. depa berdua nie cousin ak.. ngee ~ :p so, enjoy lagu dyeorg :
Sahaja Aku Mencintai-Mu.. =)

DU'A~ Dianggotai sepasang adik beradik yang merupakan putera kepada penasyid dan pendakwah, Ustaz Amal. Pernah menganggotai kumpulan nasyid kanak-kanak TILMIZ sekitar tahun 2000. Muhammad Asadullah masih menuntut di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, PJ manakala Muhammad Ajwad, 17 masih menuntut di SMK Saujana Utama, Sg Buloh.

"Sahaja Aku Mencintai-Mu" adalah single pertama kumpulan nasyid baharu yang di beri nama DU'A. Lagu ini adalah hasil ciptaan penuh salah seorang anggotanya, Ajwad (DU'A). Sebar kepada rakan-rakan! Semoga anda terhibur! :)


Saturday, July 23, 2011

Pemergianmu.. T_T


Tiba-tiba pulak jari jemari ak menari dgn lincah di atas papan kekunci lappy.. post kali nie ak nk ckp psl seseorang yg byk memberi dakwah kpd umat Islam melalui nasyid2 yg disampaikan.. beliau juga dijadikan contoh dan teladan oleh para remaja termasuk ak..

Beliau ialah vokalis kpd kumpulan nasyid terkenal, Rabbani iaitu Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim.. bg ak, beliau merupakan anugerah drpd Allah s.w.t. kpd umat manusia walaupun hanya sebentar cuma dan tiada gantinya..

Beliau dilahirkan pd 3 Ogos 1969 dan meninggalkan kita semua pd tanggal 13 Ogos 2009.. walaupun beliau telah pergi menghadap Ilahi pd 2 thn yg lalu, tp masih terngiang-ngiang alunan nasyid yg disampaikan.. seperti baru semalam Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim pergi meninggalkan kita.. tetapi, Allah s.w.t. lebih menyayanginya.. kita yg masih hidup, harus meneruskan kehidupan.. semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org2 Islam yg beriman.. hanya itu yg mampu dilakukan oleh kita semua..




Thursday, July 21, 2011

Happy Birthday, cousin @ adik-beradik susuan ! :D

Post kali nie, ak nk share besday cousin ak @ adik-beradik susuan ak.. hehe.. date birth dyeorg nie sama, 14 Julai 1992 & 14 Julai 1994.. nama cousin ak yg perempuan tu Siti Khadijah (ank Mak Lang), 19 n yg lelaki, Muhammad Ajwad (ank Mak Teh), 17..

Hari Sabtu lps, 16 Julai.. besday dyeorg disambut b'tempat di rumah Mak Teh n Pak Teh ak (ummi n abah kpd Ajwad).. haha.. HAPPENING giler bak trademark
"bang bang boom" !! Paling best time kteorg, anak n cucu kpd Haji Mohamad Hamim & Hajah Mukminah nyanyi lagu "barakallah @ semoga Allah berkati" .. hehe.. :p

Okay lah ! hope korg enjoy tgk video nie.. HARMONY n MERDU je suara kami.. hehe.. *masuk bakul angkat sendiri plak ak nie.. haha :D



p/s: tp yg paling kelakar, lps je kteorg habis nyanyi.. ank Pak Su ak, Hadif Danish menangis sbb da tak dengar suara kami yg MERDU nie.. hehe =)

Monday, June 13, 2011

- Stanza Cinta -


Mulakan hari anda dgn senyuman kerana senyuman itu satu sedekah.. hehe =)

entry kali nie ak nk cerita psl Drama Stanza Cinta yg bakal ditayangkan kat tv3.. actually drama nie diadaptasi drpd Novel Stanza Cinta karya Nuru
ll Halawati.. ak baca novel nie last year sbb novel nie pon keluar last year gak.. ngeh3 :p



"Kebaikan itu dibungkus oleh hal-hal yang tidak disukai..."


Amni Sorfina memerlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dia mengorbankan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah?

Berhadapan dengan saat paling sukar dalam hidupnya, Amni harus belajar tersenyum dalam derita dan bersangka baik dengan segala takdir Allah buatnya. Apakah ini bermakna dia harus melepaskan pergi sesuatu yang paling diinginkan, yang sejak sekian lama baru ditemui??



Aaron Aziz sebagai Irfan Ikmal
Nur Fathia sebagai Amni Sorfina
Fizz Fairuz sebagai Taufiq Imran

Jom kita layan sinopsis Drama Stanza Cinta.. :D

Amni Sorfina(Ketenangan yang suci) seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia. tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”

Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”

Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku…dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina


p/s: siapakah yang akan menjadi pemilik tulang rusuk kepada Amni Sorfina??

Wednesday, May 25, 2011

Happy FaMiLy in the WorLd ! :D

Assalamualaikum..

entry kali nie aye nk habaq psl family @ keluarga aye. ok lah, family aye nie agak unik ye.. hmm, mmg unik la.. haha.. nama walid aku (jap eh, tuka gelaran jap.. haha) , Ahmad Izhar Bin Mohamed Noor @ Al.. nama ummi, Azizah Bin Mohammad Hamin.. beza umur dyeorg juz three years only..
so, dyeorg kahwin klau x silap time tu umur ummi 20 thn n walid 23 thn.. setahun lps tu, kakak ak yang sulung lahir.. okay, cuba korg teka adik-beradik ak ade berapa org?? haha.. 4?? 5?? 8?? sory coz semua salah sama sekali ! walid n ummi ak dianugerahkan oleh Allah s.w.t. seramai 12 org anak iaitu 6 lelaki n 6 perempuan.. means, balanced la.. =)

LiSt SibLinGs aku :

(1) My eldest sis bernama Siti Asma' n berumur 27 thn.. n sudah b'kahwin dgn pilihan hatinya,
Khairul Ameer Anor n dikurniakan seorg cahaya mata lelaki, Aidid Uzair Anor..

(2) Abg ak yg first bernama Ahmad A-idz n berumur 26 thn..

(3) Kakak ak yg ke-2 bernama Siti Afirah n berumur 25 thn..

(4) Abg ak yg ke-2 bernama Ahmad Amru Al-Ash n berumur 24 thn..

(5) Kakak ak yg ke-3 bernama Nurul Afifah n berumur 23 thn..

(6) Abg ak yg ke-3 bernama Ahmad Adib n berumur 21 thn..

(7) Abg ak yg ke-4 bernama Muhammad Awwab n berumur 20 thn..

(8) Kakak ak yg ke-4 bernama Khairunnisa' n berumur 18 thn..

(9) Aku pulak kakak yg ke-5 bernama Munibah n berumur 17 thn..

(10) Adik lelaki ak yg ke-5 bernama Ahmad Asim n berumur 15 thn..

(11) Adik perempuan ak yg ke-6 bernama Nurul Aqilah n berumur 13 thn..

(12) Lastly, adik lelaki ak yg bongsu bernama Ahmad Iqbal n berumur 11 thn..

p/s: sorry.. klau korg confused, bleh tgk no. 1 ~ 12 yg kat tepi tu.. ngee ~ :p

Utk pengetahuan korg gak, beza umur adib-beradik aye (tuka panggilan kpd yg asal balik)
juz 1 ~ 2 thn je.. x lebih n x kurang.. haha.. ok la.. korg boleh mengenali siblings aye dgn tgk video kat bwh nie ye.. hehe :D thanks a lot coz sudi singgah blog aye..
p/s: but Aidid Uzair xde coz time nie dia x lahir kat dunia lg n umur dia sekarang nie baru 40 hari plus2.. haha..


hope korg enjoy tgk video nie ~ ^_^

Wednesday, April 27, 2011

CST PRODUCTION- Majlis Pertunangan Ashraf Muslim & Dayana [HD].mp4



Harap hubungan Ashraf Muslim n Dayana selamat hingga ke jinjang pelamin n sampai ke akhir hayat mereka.. amin. :D

Saturday, March 26, 2011

Macam mne nie?? pandai nye dia..

Kali nie nak cerita about my sista, Nisa'. Baru2 nie telah diumumkan keputusan SPM. And tanpa disangka-sangka, kakak aku dapat 7A (3A+ 1A n 3A-). So proud of her ! :D
This year, turn aku pulak utk SPM. ak kene lebih struggle thn nie. Abang aku, Awwab challenge kakak aku supaya dpt result yg lebih Gempakk drpd dia. So, kakak aku pon da buktikan yg dia pon boleh dpt result yg lebih Gempakk. Abang aku amik aliran Sains n kakak aku plak amik aliran Sastera (Akaun) sama ngan aku. So, Aku perlu dptkan 8A for this year !

okay, sekian sampai sini je entry utk kali nie.
p/s: hope korg enjoy with this entry ! :p

Friday, December 24, 2010

- C.I.N.T.A -

tbe2 plak pg nie bleh t'fikir nk wat tajuk post ttg cinta.. nie sume gara2 penangan sinergi r nie .. tehee~ :p
ak slalu anggap org yg b'cinta nie org yg x pandai nk mengawal perasaan mereka.. tapi skunk nie bru ak sedar, bukan mereka yg mahu akan cinta itu tetapi ia dtg dgn sndirinya.. hanya diri kte sndiri yg bleh mengawal perasaan itu.. jgn sampai
terjebak ke lembah duka yg bleh mnyebbkan seseorg itu menyesal seumur hidup.. dicintai itu lbih baik dprd mencintai.. hanya satu yg ak pegang selama ini, cintailah Allah lbih drpd segala2nya.. kerana cinta akan manusia, manusia kan pergi.. cinta akan harta, harta akan habis.. tetapi cinta pd Allah akan b'kekalan selamanya ~
n biarlah keimanan yg mengawal cinta itu.. bukannya cinta yg mengawal keimanan diri kte..

Friday, December 17, 2010

Kundang Highland.. :p

ahha.. agak tapahape tajuk post yg first nie.. hee~ :p
sejak beberapa hari nie, setiap hari hujan pasti akan dtg menjengah.. dan hujan itu membawa suhu yg rendah.. angin yg bertiup menyebabkan ak rasa seperti sedang berada di Cameron Highland.. hihi.. kesejukannya terasa sehingga ke tulang belulang.. ak rasa x perlulah b'susah pyh ke Cameron Highland bg merasai kesejukannya yg natural.. hanya perlu duduk di rumah shj.. keindahan alam semulajadi seperti ladang teh n strawberry pula boleh dirasai dgn melihat pokok2 yg kehijauan di luar rumah.. serta air embun yg sejuk n menyegarkan pd setiap pagi.. tehee ~ :D

p/s: setakat ini shjlah nukilan pendek drpd ak.. =)